Ingatan bersama...

"Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah yang sebaik-baik Pemberi rezeki" - Saba, 39.

Selasa, 5 Oktober 2010

PMR examination

hari ni merupakan hari pertama calon-calon PMR menduduki peperiksaan. Sebagai guru saya ingin mengucapkan good luck kepada semua anak didik di MMP. Semoga kita berupaya mencipta sejarah untuk ke sekian kalinya.

Rabu, 21 Julai 2010

Hakikat Solat

Islam diibaratkan sebatng pokok, iman ibarat akar tunjang dan solat ibarat batangnya. Pokok akan subur apabila akar tunjangnya kuat dan batangnya kukuh. Batang merupakan tempat ranting dan dahan berpaut.Jika kemas, kukuh dan subur batangnya maka tumbuh dengan cantik dahan dan rantingnya.Begitulah juga dengan solat jika dilaksanakan dengan sempurna dan khusyuk maka akan sempurna amalan yang lain...

Qatrunnada..

Ahad, 21 Februari 2010

RAHSIA LIMA JARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu ke atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluth biarlah dari rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertahtakan berlian, bangga tak terkira....pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jali. Bersediakah anda???

Nah...naikkan kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti diperbanyakkan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada pada tahp usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renungkan ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "Cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari anda dan angkat ibu jari ketas, itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-lima. Renung dan firki dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?????

Khamis, 4 Februari 2010

http://www.my-rummy.com/Kanak-kanak_belajar_matematik.html

http://www.my-rummy.com/Kanak-kanak_belajar_matematik.html

Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan pembelajaran matematik dalam kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar.

Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanak-kanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!

Selasa, 19 Januari 2010

artikel 2

pendidikan kanak-kanak....
http://anakkusayang.com/blog/kisah-keluarga/mendidik-anak-dengan-cinta

artikel i..

sila klik untuk melihat artikel dan sila beri komen...
http://mmp.kelantan.edu.my/v1/peta_minda.html